Apakah masalah tingkah laku dan disiplin yang sentiasa berlaku dalam kalangan pelajar?
Pelajar pada masa kini mudah dipengaruhi dan mengikut jejak dengan perlakuan yang negatif supaya dapat menarik minat daripada golongan lain serta menunjuk kewujudan diri sendiri. Pelajar yang bermasalah tersebut turut menjejaskan pelajar lain untuk melakukan kegiatan yang akan membahayakan keselamatan dan keamanan pelajar lain. Sebagai contohnya, pelajar yang hiperaktif berkelakuan nakal, pergaduhan, merosakkan harta benda sekolah, berjudi, penyalahgunaan dadah, merokok, ponteng kelas dan sekolah, berbahasa kesat dan lain-lain. Menurut Berita Harian 18 Ogos 2000, kes salah laku di sekolah yang menunjukkan bilangan kes yang tertinggi adalah ponteng sekolah iaitu 38,053 kes, dan seterusnya adalah kurang sopan iaitu 20,844 kes, tingkah laku jenayah iaitu 16,215 kes , tidak pentingkan masa iaitu 8,804 kes dan sebagainya.
Dengan itu, pelajar yang bermasalah tingkah laku dan disiplin boleh membahayakan orang lan. Mereka berkelakuan atau bertingkah laku yang sangat agresif dan nakal seperti suka mengganggu kawan-kawan, membuli atau menyekat kawan-kawan sekelas, mengganggu ketenteraman bilik darjah dan banyak cakap serta menggunakan kata-kata kasar, lucah, kurang ajar, tidak sopan dan lain-lain. Selain itu, sekumpulan pelajar turut mewujudkan tingkah laku dan disiplin anti sosial atau distruktif yang boleh membahayakan diri sendiri, sekolah dan masyarakat. Pelajar tersebut yang bertingkah laku anti-sosial akan mempunyai permusuhan nyata. Mereka suka bergaduh, berlawan, bertumbuk, mencari pasal dengan mana-mana pelajar terutama rakan sebaya. Hal ini turut menyumbangkan kes ponteng kelas dan sekolah kian berlaku kerana pelajar yang selalu diseksa akan mengalami masalah psiko dan seterusnya mengelakkan diri daripada mereka. Terdapat juganya pelajar yang hilang minat untuk belajar dan kurang menumpu perhatian dalam pembelajaran terus ponteng sekolah dan melepak di kedai mainan, berjudi dengan rakan sebaya serta menghidap dadah di lorong.
Di samping itu, ciri-ciri tingkah laku anti-sosial termasuklah vandalisme. Pelajar sedemikian akan merosakkan harta benda awam seperti menconteng dinding, mematahkan alat pengepam tandas, memecah dan menconteng kerusi atau meja di dalam bilik darjah. Pelajar tersebut juga akan menyertai kumpulan liar, iaitu terlibat dengan kumpulan yang tidak bermoral dan tidak berfaedah. Mereka akan mempunyai hubungan dengan beberapa orang yang mempunyai perangai atau tabiat yang sama tetapi lebih kepada tingkah laku tidak baik. Oleh hal yang demikian, kes buli pula giat berlaku dalam sekolah kerana mereka mereka menubuhkan kumpulan tertentu dalam sekolah dan bertindak membuli atau menakut-nakutkan pelajar-palajar lain.
Tegasnya, masalah tingkah laku dan disiplin yang timbul dalam kalangan pelajar pada masa kini kian mendapat perhatian daripada semua golongan. Masalah ini bukan sahajanya berlaku di negara ini, malah juga berlaku di seluruh dunia sama ada di negara-negara maju, mahupun mundur. Oleh hal yang demikian, semua pihak sepatutnya menumpu perhatian dalam masalah tersebut supaya pelajar-pelajar tidak terjerumus dalam kegiatan sosial yang tidak berfaedah. Didikan dan moral yang rasional dan tepat hendaklah diterap dan disemai dalam jiwa hati pelajar supaya masa depan pelajar terjamin.
Disediakan oleh:
LIAW WAN WUN
(D20191089737)
Disediakan oleh:
LIAW WAN WUN
(D20191089737)
No comments:
Post a Comment