Tuesday, 23 June 2020

PENGURUSAN PEMBELAJARAN (KPS 3014)

Sinopsis Kursus
Pengurusan Pembelajaran merupakan bidang pengurusan yang paling utama dalam arena pendidikan. Bidang ini memberi impak yang besar bagi sesebuah institusi pendidikan dalam melaksanakan tanggungjawab organisasi sekolah untuk mencapai prestasi cemerlang dalam aspek akademik pelajar. Pengurusan pembelajaran adalah proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang dirancang. Oleh itu, kursus ini akan membincangkan peranan guru sebagai pengurus pembelajaran dalam konteks pelbagai persekitaran pembelajaran. Pelajar akan diperkenalkan kepada pelbagai aspek pengurusan pembelajaran termasuk organisasi, kepimpinan, tingkah laku, sumber, teknologi, budaya dan keupayaan.

Kursus KPS3014 ini bermatlamat untuk melengkapkan para pelajar dengan pengetahuan terhadap perkembangan pendidikan negara. Pengetahuan yang diperoleh menerusi pertemuan bersemuka dapat diperluaskan oleh para pelajar menerusi pembacaan, perbincangan, perdebatan dan penerokaan. Tambahan pula, kerja kursus juga merupakan sebahagian dari proses pembelajaran para pelajar dalam kursus ini yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan intelektual, pemikiran kreatif dan kritis dan pembinaan sahsiah profesional sebagai seorang guru berwibawa.

Akhir sekali, kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada pengalaman sebenar di sekoah yang akhirnya membolehkan mereka berfungsi secara berkesan dalam semua situasi pembelajaran.



Disediakan oleh:
LIAW WAN WUN
(D20191089737)